Sunday, July 17, 2005

Cinta Internet

Sebuah alam merangkumi kata
Hanya menatap skrin komputer
Menaip dan terus berbicara
Tanpa mengetahui siapa di sana

Terasa keserasian yang menakjubkan
Keakraban bagaikan seseorang teman lama
Meluahkan segala yang terpendam
Mengongsi segala suka dan duka

Entah berapa purnama telah lalu
Terlahir satu perasaan di dalam kalbu
Sungguh pelik untuk menerima
Kewujudan perasaan iaitu cinta

Cinta tiada kenal pada rupa
Soal hati adalah utama
Cinta Internet Cinta illusi
Selagi tidak bertemu di alam realiti

Hanya Allah sahaja mengetahui
Segala apa yang tersembunyi
Semoga dibukakan hijab yang menutupi
Rahsia kebenaran Cinta ini


15th July 20058 Jamadilakhir 1426 Hijrah

No comments: