Saturday, November 24, 2007

curahan hati



Cinta sejati itu hanya akan dirasai apabila pemergian seseorang itu telah meninggalkan kesan yang mendalam dan mengalirkan air mata. Perasaan sayu serta kesedihan akan meresapi seluruh jiwa. Hanya kepada Allah, doa dipohonkan agar dia kembali ke dalam pangkuan.

Cinta sejati itu mempunyai akar yang kukuh serta pendirian yang teguh. Ia tidak menghiraukan taufan yang melanda kerana lutsinar yang terpancar dari auranya mampu mengharungi segala ujian dari Illahi. Keimanan, kecintaan dan keikhlasan adalah inti atau baja yang disemai bersama.

Cinta sejati ibarat sebuah pohon. Sinaran matahari, air serta karbon dioxida adalah santapan untuk pohon itu terus hidup. Begitulah juga dengan cinta. Santapannya berbeza bagi setiap individu. Bagiku, curahan kasih sayang, iman dan ikhlas adalah santapannya.
Ya Allah, saya mengetuk pintu rahmatMu. Kasihanilah hamba dan kurniakanlah hidayahMu.

(The picture is downloaded from a website)

No comments: