Saturday, March 24, 2007

Satu renungan

Aku sedar masa berlalu begitu pantas tanpa aku sedari.. Kini sudah masuk satu minggu arwah nenek meninggalkan kami.. Pemergianmu merupakan takdir Allah. Tiada siapa yang dapat menghalang kehendakMu. Manusia yang kerdil adalah ciptaanMu. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepadaMu. Ini juga merupakan kehendakMu.. Kini aku dapat melihat serta memahami hakikat kehidupan. Tiada yang kekal kecuali Allah Al-Baqi. Dunia ini adalah milikMu. Manusia hanya penghuni dan khalifah yang mendiami bumi untuk satu tempoh yang telah ditetapkan olehMu. Oh Tuhan, aku berasa sangat malu dan insaf. Aku sedar bekalan hidupku sentiasa kekurangan dan sentiasa membuat dosa. Ya Tuhan, ketahuilah, aku kini memikirkan dosa apa yang bakal aku lakukan sebentar lagi. Astagfirullah, aku seorang insan yang daif. Ya Allah, ya Tuhan, kasihanilah hambuMu ini.

Andaiku tahu jangka hayatku
Akan aku menyiapakan bekalanku
Namun itu diluar kekuasaanku
Tuhan sahaja mengetahui umurku
Hari itu pasti tiba
Malaikat Izrail akan menjemputku
Tiada keraguan tapi nyata
Alam barzakh akan menantiku
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku memohon rahmat dariMu
Tunjukilah aku jalan kebenaran
Menuju keredhaanMu Ya Tuhan
Semoga rahmat Allah akan sentiasa mencurahi roh nenek yang sangat kami cintai. Insya Allah, amin.
Kami merinduimu dan hanya doa yang dapat kami berikan sebagai tanda cinta kami.

No comments: