Terasa kesedihan meresapi kalbu
Air mata hampir menitis
Mengapakah hatiku berasa sayu
Dimanakah sumber ini didatangi
Fikiranku berkecamuk dan bercelaru
Bagaikan kabus tebal menutupi
Seolah kedua mataku dikaburi
Sehingga hilang arah tuju
Perasaan hiba berterusan menghantui
Keyakinan diri mula bergoncang
Kekosangan mula mengisi hati
Sehingga membuatku tidak tenang
Entahlah, sejak semalam, hatiku resah dan bersedih semacam. Aku seolah hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Aku hanya mampu menangis bila aku tidak berdaya untuk bertahan. Di saat aku menitis air mata, terasa akan kehadiran cahaya. Ia seolah membasahi segala keresahanku dan mengembalikan semangatku. Aku yakin ia adalah cahaya dari Allah. Ternyata Allah masih menyayangi diriku mungkin aku sahaja yang melupakanNya. Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Kasihanilah daku.
Manusia bila dianugerahi sesuatu, ia pasti terlupa diri dan pada Tuhan. Sehingga soal ajal tidak wujud sama sekali. Tetapi bila ujian melanda diri, barulah kenal diri dan mencari Tuhan secara pantas seperti kilat. Apabila aku merenungi diriku, aku mula sedar tentang kelemahanku dan kelalaianku. Aku banyak melakukan dosa sehingga jiwaku terasa kekosongan yang ketara. Ya Allah, kasihanlah hamba. Pimpinlah hamba. Hidupku, matiku dan ibadahku hanyalah semata-mata untukMu. AKu menghadapkan wajahku kepadaMu. Janganlah Allah memalingkan wajahMu dariku. Maafkanlah hamba kerana hamba telah menjauhkan diri dariMu....
No comments:
Post a Comment